Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM GO GREEN – KEMPEN TUKAR MINYAK MASAK TERPAKAI KEPADA TUNAI DAN MINYAK MASAK BARU ATAU KICAP

11/4/2022@Wisma Air Kelantan, Sebagai menyokong saranan Kerajaan Negeri Kelantan dan KASA dalam melestarikan alam sekitar serta program Go Green dalam menjaga kehijauan bumi, hari ini AKSB melalui aktiviti berterusan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah bekerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd menjayakan program Go Green di Wisma AKSB dengan kempen tukar minyak masak terpakai kepada minyak sawit baru atau kicap serta bayaran tunai sebanyak RM2.50/kg.

Di samping itu juga pengumpulan barangan terpakai lain seperti barangan plastik, kotak, kertas, besi, pakaian dan sebagainya turut dijayakan melalui program ini dengan mengumpul barangan terpakai sambil menderma.Program ini terbuka untuk kakitangan dan orang awam.

Mana-mana pihak yang ingin membuat penukaran minyak terpakai selepas habis program ini boleh hubungi Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd . Inn Shaa Allah program kerjasama ini akan disambung secara berkala pada masa akan datang.