Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

Team CSR AKSB sekali lagi bersama-sama dengan Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjayakan Program Infaq Ramadan 1443 Kongsi Rezeki Kumpulan PMBK. Program dijalankan secara bergotong royong di Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan.

18/4/22@Pasir Puteh.

Alhamdulillah pada hari yang mulia ini dalam bulan Ramadan 1443H, Team CSR AKSB sekali lagi bersama-sama dengan Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjayakan Program Infaq Ramadan 1443 Kongsi Rezeki Kumpulan PMBK. Program dijalankan secara bergotong royong di Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan. Team AKSB telah menyumbangkan sedikit air mineral dan wakil Team CSR AKSB En Hazwan, Eksekutif Unit Komunikasi Korporat dan En Arif pelatih siswa Unit Komunikasi Korporat turut sama bergotong royong membantu penyediaan bubur lambuk. Program turut disertai oleh pelajar-pelajar tahfiz dan tenaga pengajar dalam suasana ceria. Penyediaan bubur lambuk dan lain-lain adalah juga untuk dikongsi bersama penduduk-penduduk setempat. AKSB mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama urusetia PMBK yang telah sekali lagi memberi peluang kepada Team CSR AKSB untuk turut sama dalam program sedemikian. Semoga ianya dapat diteruskan dari masa ke semasa.