Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PERINGKAT AKHIR PENYIAPAN TELOK MESIRA

3/5/2022@Telok Mesira, Bachok.

Alhamdulillah Projek LRA Mini Telok Mesira, Bachok telah di peringkat akhir penyiapan pembinaannya oleh kontraktor.

Status semasa dalam peringkat ujian sistem proses, mekanikal dan elektrikal.

Sebahagian pengeluaran air terawat telah dilepaskan secara berperingkat ke dalam sistem agihan untuk kawasan sekitar bermula pada 28 April 2022 yang melibatkan lebih kurang 350 akaun di Taman Mesira.

Proses rawatan LRA ini masih dalam peringkat ujian dan pemantauan oleh AKSB terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta agihan air.

Dengan siapnya projek ini , ianya akan menjana pengeluaran rawatan air terawat 2JLH untuk kegunaan penduduk di sekitar loji ini .

Gambar-gambar dan klip berikut adalah dari rekod dan ehsan Jabatan Teknikal AKSB berkenaan pemprosesan rawatan air di LRA Mini Teluk Mesira serta sistem agihan paip dan pemantauan ke stand meter kawasan agihan.