Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

Rumah terbuka sempena Aidilfitri PAS Kelantan dan booth pameran Kumpulan PMBK termasuk AKSB

12/5/2022 @ Kota Baharu. Sempena hari terbuka Aidil Fitri Pas Kelantan yang diadakan di perkarangan dataran stadium, semua syarikat kumpulan PMBK termasuk AKSB telah juga menyertai booth pameran berkenaan syarikat masing-masing. AKSB diwakili Unit Komunikasi Korporat dan dibantu sama oleh Jabatan Teknikal dan Jabatan Operasi dalam pameran tersebut. Booth AKSB turut dikunjungi orang ramai termasuk kehadiran sama wakil wakil rakyat, Ketua Pegawai Operasi PMBK dan Pengurus Besar AKSB. Di atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat juga AKSB melalui Pejabat Jajahan KBT telah menyediakan bekalan air tangki dan sebuah lori tanki sebagai bekalan air tambahan untuk kemudahan orang ramai dan para pengunjung.