Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

Pagi ini pihak AKSB KBU bersama Yang Berhormat Kak Ani ADUN Tanjong Mas dan Pegawai Khas Exco Air negeri Kelantan serta lain lain telah membuat lawatan dan tinjauan di PPR Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu yang sebelum ini terdapat aduan gangguan bekalan air.

14/5/2022@Kota Baharu.

Pagi ini pihak AKSB KBU bersama Yang Berhormat Kak Ani ADUN Tanjong Mas dan Pegawai Khas Exco Air negeri Kelantan serta lain lain telah membuat lawatan dan tinjauan di PPR Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu yang sebelum ini terdapat aduan gangguan bekalan air.

 

Alhamdulillah selepas hasil tinjauan setakat hari ni, bekalan air adalah mencukupi bagi menampung jumlah penduduk di PPR yg hampir 1000 unit.

Tangki air PPR mendapat bekalan air dari Tangki Air Merbau, manakala Tangki Air Merbau mendapat bekalan air dari LRA Kg Puteh.

Di atas permintaan yang semakin bertambah beberapa langkah pendek dan panjang telah diambil, antaranya penghantaran bekalan air melalui lori lori air ke tangki statik dan penghantaran ke tangki pengguna yang terkesan.

Manakala langkah lebih panjang adalah dengan menggali telaga baru di Kg. Kota bagi membekalkan air mentah tambahan ke LRA Kg. Puteh untuk dirawat . Dijangkakan telaga baru ini mampu membekalkan sebanyak 2 juta liter sehari. In shaa Allah kerja-kerja menggali telaga baru ini akan bermula dalam masa terdekat dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Antara langkah lain diambil adalah dengan membuat satu tangki baru berhampiran tangki sedia ada di PPR bagi membantu menyalurkan air ke tangki PPR jika berlaku gangguan air. Perkara ini akan diangkat kepada pihak KPKT untuk kelulusan projek ini bagi memberi kemudahkan kepada pengguna.

 

Hasil tinjauan juga mendapati banyak berlaku kebocoran paip di dalam kawasan blok-blok dalam PPR itu sendiri yg menyebabkan berlaku pembaziran air yang banyak sehinggakan ada blok yang air bertangkung akibat dari kebocoran itu. Ianya diluar bidangkuasa AKSB dan diharapkan ada tindakan segera juga dari pihak pengurusan PPR berkaitan. Pihak AKSB akan cuba memberi khidmat yang terbaik kepada pengguna khususnya di PPR berkenaan dengan kerjasama semua di PPR demi untuk kesejahteraan dan keselesaan semua pengguna di PPR. In shaa Allah.