Situasi Semasa Kerosakan Sg.Bagan
14/5/2022@ Machang
Situasi Semasa.
Pihak Team AKSB Machang dan Team M&E AKSB sejak semalam sedang giat membaiki kerosakan di intake yang membekalkan air mentah dari lokasi kerosakan ke LRA Merbau Chondong untuk dirawat. Dari penelitian dan pemeriksaan teliti yang dilakukan didapati terdapat juga kabel-kabel utama yang rosak, kerja kerja pembaikian kabel yg rosak di Sg. Bagan tersebut memerlukan kontraktor pakar dalam mengenal pasti kebocoran kabel. Panjang kabel yang terlibat adalah sejauh 800m.
Dari makluman pihak M&E Kota Bharu, kontraktor pakar telah bertolak dari Kuala Lumpur hari ini dan insya Allah akan terus menjalani kerja-kerja mengenalpasti dan membaiki segera kabel berkenaan.
AKSB juga sedang menggerakkan aset-aset seperti lori-lori tangki dan lori sewaan khas bagi mengisi penuh tangki-tangki statik yang telah dan sedang dipasang di lokasi lokasi khas serta tangki pengguna yang terkesan serta sedang berusaha mendapatkan bantuan lori lori tangki operator air dari luar Kelantan untuk sama sama membantu team AKSB menghantar bekalan air kepada pengguna pengguna di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu.
In shaa Allah, AKSB akan berusaha sebaik mungkin bagi memendekkan tempoh pembaikian agar bekalan dapat dipulihkan secepat mungkin. Semoga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT.