MESYUARAT BERKAITAN KEROSAKAN KABEL BEKALAN VOLTAN TINGGI 11KV DI HCW SUNGAI BAGAN, LRA MERBAU CHONDONG DIPENGERUSIKAN OLEH PENGERUSI AKSB PADA 15 MEI 2022
15/5 /2022 @ Machang. Pada hari ini YB Dato’ Sr.Azami Mohd Nor telah mempengerusikan mesyuarat berkaitan kerosakan kabel bekalan kuasa voltan tinggi 11KV di HCW Sg Bagan, LRA Merbau Chondong yang turut dihadiri Pegawai khas, wakil Dun, Datuk Pengurus Besar AKSB, Team AKSB Machang dan HQ bertempat di LRA Merbau Chondong. Status terkini telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.
Kerosakan kabel bekalan kuasa voltan tinggi 11kv di intake HCW Sg Bagan, LRAMerbau Chondong berikutan berlaku tripping semasa hujan lebat dan kilat baru baru ini.
Pihak AKSB telah menjalankan pemeriksaan rintangan kabel dan mendapati terdapat kerosakan kabel yang memerlukan khidmat kontraktor pakar . Kerja-kerja ini memerlukan peralatan khusus dan kompeten bagi pembaikian sistem voltan tinggi (HT). Kontraktor pakar telahpun tiba dan berada di tapak serta sedang menjalankan kerja-kerja mengenal pasti kerosakan-kerosakan kabel bawah tanah dan untuk pembaikian segera.
Dalam masa yang sama LRA masih beroperasi cuma dengan kuantiti air mentah yang lebih rendah yang dapat dirawat. Buat masa ini penghantaran bekalan air secara berterusan sedang digerakkan melalui lori-lori tangki dan lori air kontrak (LAK). Inn Shaa Allah akan juga disertai oleh lori-lori tangki rakan-rakan operator air luar.