Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
27 June 2022

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) kerjasama antara operator-operator air semasa menghadapi krisis bekalan air telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). 

17/5/2022@Cyberjaya.

MOU ini telah ditandatangani di antara SPAN dan dua belas operator air dari seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pihak-pihak telah memperbaharui MOU bagi mempertingkatkan usahasama dan kerjasama strategik bagi membantu antara satu dengan yang lain dalam menghadapi krisis melibatkan bekalan air bagi tempoh tiga tahun kehadapan iaitu sehingga 2025.

MOU ini telah dimeterai sejak 2015 yang menjadi asas kepada penghantaran bantuan aset dan kepakaran teknikal kepada operator terlibat, dengan SPAN bertindak sebagai penyelaras.

Majlis menandatangani MOU ini telah disaksikan oleh YB Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. SPAN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Faizal Abdul Rahman manakala AKSB diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Tuan Hj Rashid Mohd Yusoff dan Pengurus Besar, Datuk Ir.P. Geol. Dr Azuhan Bin Mohamed.