Terima Kasih SATU,PAIP, LAP, SAJ dan LAK meneruskan usaha menghantar bekalan air secara alternatif ke tangki tangki statik serta kepada pengguna pengguna pada 15 dan 16 haribulan sehingga lewat malam dan hari ini
17/5/2022 @ Pasir Puteh & Machang.
Sementara tekanan air dari LRA Merbau Chondong kembali stabil selepas pembaikian di intake air mentah Sg. Bagan tempohari, Team lori lori tangki termasuk lori tangki operator air luar seperti SATU,PAIP, LAP, SAJ dan LAK meneruskan usaha menghantar bekalan air secara alternatif ke tangki tangki statik serta kepada pengguna pengguna pada 15 dan 16 haribulan sehingga lewat malam dan hari ini adalah hari terakhir team operator luar bersama team AKSB sebelum bergerak pulang ke negeri masing masing esok In shaa Allah. Terima kasih semua Tanker Warriors, semoga segala bantuan yang diberikan dibalas dengan segala kebaikan dan keselamatan oleh ALLAH SWT.
Pihak Team AKSB jajahan juga telah dan sedang melaksanakan kerja-kerja flushing bagi meminimakan kesan kualiti yang dijangka mungkin boleh berlaku selepas pembaikian.