Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
27 June 2022

Majlis pelepasan pulang sukarelawan-sukarelawan lori-lori tangki air dari SATU, PAIP, LAP dan RANHILL-SAJ ke negeri masing-masing.

18/5/2022 @ Kota Baharu. Sempena pelepasan pulang Water Tanker Warriors, Satu majlis apresiasi dan makan tengahari telah dianjurkan oleh AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat kepada semua sukarelawan sukarelawan lori lori tangki Operator Air dari PAIP, LAP, RANHILL-SAJ, SATU dan AKSB sendiri di Restoran Horizon Tunjung, Kota Baharu. Sebagai meraikan dan menghargai jasa jasa para sukarelawan ini, Sijil penghargaan dan cenderahati telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Operasi AKSB sebagai apresiasi dan kenangan dan Hanya ALLAH SWT yang boleh membalas jasa jasa mereka.

Jutaan terima kasih kepada SPAN, PAIP, LAP, SATU dan RANHILL-SAJ dan semua yang turut membantu Team AKSB dan warga Machang, Pasir Puteh dan KBS beberapa hari yang lalu, Jasa jasa kalian sentiasa kami hargai dan sanjungi, Terima kasih.

Semoga semuanya sentiasa diBerkati dan dilindungi ALLAH SWT serta selamat sampai ke destinasi negeri masing masing,In shaa Allah. Jazakallah Khairan Khatiran.