Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
27 June 2022

TERIMA KASIH PETUGAS-PETUGAS LRA-LRA AKSB DI SELURUH KELANTAN

18/5/2022 @ Loji-loji Rawatan Air (LRA) AKSB seluruh Kelantan.
Di LRA-LRA seluruh negeri Kelantan terdapat petugas-petugas AKSB yang bertugas pada setiap masa di belakang tabir, namun peranan mereka amat penting dalam memastikan kelestarian pengoperasian loji-loji rawatan air seluruh negeri Kelantan. Petugas-petugas loji adalah antara kakitangan yang paling penting dalam sesebuah organisasi perkhidmatan rawatan air. Tanpa dedikasi dan ketelitian oleh mereka, perjalanan sesebuah loji rawatan air mungkin boleh terjejas. Untuk memastikan setiap peralatan di LRA-LRA adalah dalam keadaan baik dan berfungsi serta bekalan air terawat dapat dibekalkan secara berterusan kepada pengguna, petugas-petugas LRA perlu berada dalam keadaan siap siaga dan perlu bertugas sepanjang masa secara shift. Bagi menghargai komitmen tinggi mereka- mereka ini, Unit Komunikasi Korporat AKSB di bawah program berterusan tanggungjawab sosial korporat (CSR) baru-baru ini turut menyantuni petugas petugas loji di LRA-LRA seluruh Negeri Kelantan dengan menyediakan dan menyampaikan sedikit bingkisan cenderahati makanan sempena Ramadan & Syawal 1443H/2022.