Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
03 December 2022

TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) AKSB BERSAMA TABUNG HAJI KELANTAN DALAM PROGRAM KURSUS HAJI PERDANA 1443H/2022M PADA 21/5/2022 DI IPGKKB

21/5/2022@Pengkalan Chepa.

Program Tanggungjawab Sosial (CSR) AKSB diteruskan dengan memberi sokongan program Tabung Haji yang telah menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim Haji 1443H/2022M peringkat Negeri Kelantan pada 21/5/2022(Sabtu) bermula jam 8.00am -5.00ptg bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat, AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Pejabat AKSB Kota Bharu Timur (KBT) telah menyediakan bekalan air tambahan melalui lori tangki secara percuma bagi menyantuni dan memudahkan perjalanan kursus Haji Perdana para Duyufurrahman jemaah bakal haji Kelantan berjumlah lebih kurang 500 orang. Semoga segala pekerjaan Haji dipermudahkan dan diberkati serta semuanya dikurniakan haji mabrur oleh Allah SWT.