Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
27 June 2022

Majlis Hari Raya AKSB 2022

26/5/2022 @ Wisma AKSB. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas limpah dan kurniaNya umat Islam dapat mengharungi bulan Ramadan tahun ini dengan baik dan sejahtera. Setelah 2 tahun tidak dapat menjayakan sambutan Hari Raya di Wisma AKSB akibat pandemik Covid 19 yang melanda seluruh negara, Alhamdulillah pada hari ini dengan izin ALLAH SWT, AKSB dapat sama-sama menjayakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di peringkat Ibu Pejabat, Makmal Pusat, Stor Pusat, M&E Panji dan Workshop unit kenderaan Pengkalan Chepa. Unit Komunikasi Korporat AKSB dan Komiti program merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Pengurus Besar dan Datin yang telah turut hadir sama memberi sokongan kepada program hari ini. Terima kasih juga kepada semua kakitangan yang hadir serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam persediaan sambutan program ini termasuk penyertaan bersama oleh Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Berhad . Pada tahun ini juga diadakan pertandingan keceriaan gerai gerai bagi menceriakan program sambutan.

Bagi kakitangan jajahan sambutan Hari Raya dibuat di peringkat jajahan, In shaa Allah.