Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
30 November 2022

SUMBANGAN AIR MINERAL DAN KOTAK MAKANAN ASAS DI BAWAH PROGRAM CSR BERTERUSAN 2022 AKSB.

2/6/2022@Wisma Air Kelantan

Satu lagi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2022 AKSB diteruskan dengan menyumbangkan sejumlah air mineral dan kotak makanan yang berisi makanan asas kepada Komuniti Tani-Ternak Pasir Mas (KITABINA) sebagai menyokong program kemasyarakatan yang dijalankan oleh mereka bersama warga tempatan yang terdiri dari pelajar, para asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, mualaf, mak pondok dan golongan B40 dengan kerjasama KETITIR,ASPIRASI DAN KASUKAS, HUSM yang akan diadakan pada 6 Jun 2022 di Dewan Nur Meranti Kampung Beta, Pohon Buluh,Pasir Mas. Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Ir. P. Geol Dr.Azuhan Bin Mohamed FASc, Pengurus Besar AKSB  kepada wakil dari KITABINA, Ustaz Mohd Fadly Bin Zakaria. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan bebanan serta menceriakan para penerima, Inn Shaa Allah

link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VLTfqJwDHv2jSTcHzCaYHT4FurapxSKLsGSKfGQZNmxkSmYRYmhbRZsydCv2FVjNl&id=100066790905455&sfnsn=mo

Download (PDF, Unknown)