Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
27 June 2022

Program Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB diteruskan lagi dengan menyantuni warga Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat yang telah lama dibelenggu dengan masalah sistem perpaipan dalaman. Masalah perpaipan dalaman adalah merupakan tanggungjawab pengguna atau pihak sekolah.

22/6/2022@Kota Bharu Selatan.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB diteruskan lagi dengan menyantuni warga Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat yang telah lama dibelenggu dengan masalah sistem perpaipan dalaman. Masalah perpaipan dalaman adalah merupakan tanggungjawab pengguna atau pihak sekolah.
Dalam membantu warga Sekolah Kubang Kiat, AKSB melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat telah memberi khidmat nasihat teknikal dan peruntukan bagi membaiki sistem paip dalaman sekolah.
Susulan lawatan dan tinjauan AKSB buat pertama kali pada 18 Februari 2021 beberapa tindakan diatur dan alhamdulillah masalah yang dihadapi warga Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat telah dapat diatasi melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB.