Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
08 August 2022

Penghantaran Bekalan Air Melalui Lori Tanker AKSB di Sekitar Gual Periok, Apam Putra, Pengkalan Pasir dan Tendong

13/7/22@Pasir Mas.
Penghantaran bekalan air melalui lori tanker AKSB dan lori air kontrak di sekitar kawasan terkesan di Dun Gual Periok, Apam Putra, Pengkalan Pasir dan Tendong sedang giat dilaksanakan sejak Selasa, 12/7/22 oleh AKSB Jajahan Pasir Mas bersama lori air kontrak, ekoran kerosakan teknikal Raw Water Pump (RWP) Nombor 2 berikutan paras air sungai di muka sauk LRA Kelar yang menurun yang telah menyebabkan gangguan air di beberapa tempat terutamanya pelanggan yang berada di kawasan yang tinggi dan di penghujung paip agihan AKSB.

Kerja – kerja membaik pulih sedang giat dijalankan oleh Team Operasi Jajahan AKSB dan gangguan dianggarkan akan bermula pada Selasa, 12 Julai sehingga Khamis, 14 Julai. InsyaAllah bekalan air akan pulih secara berperingkat di tempat – tempat yang mengalami gangguan setelah kerja pembaikian selesai di tapak.