Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
08 August 2022

MAJLIS PERASMIAN LOJI RAWATAN AIR TUALANG 2, KUALA KRAI

28/7/2022 – Kuala Krai.

Sekitar perasmian Loji Rawatan Air Tualang 2 di Kampung Batu Lada pada pagi ini oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Dato’ Sr Haji Azami Mohd Nor, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Kelantan, En. Nasrul Haqiim yang mewakili Menteri KPLB, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli Lembaga Pengarah AKSB, agensi-agensi, Ketua Jabatan Kerajaan dan Persekutuan, Ketua Masyarakat, Penghulu serta kakitangan AKSB.

LRA Tualang 2 adalah merupakan loji baharu yang dibangunkan oleh KPLB pada dengan peruntukan KPLB sebanyak RM49 juta. Pembinaan loji ini dengan kapasiti 20JLH telah bermula pada 27 Oktober 2017 dan siap sepenuhnya pada 27 Oktober 2019. Loji ini telah diserahkan untuk pengoperasian kepada AKSB pada 30 November 2020. Loji ini menggunakan sistem ‘Chemilles’ iaitu sistem rawatan air yang berkonsepkan biologi dengan memproses sumber air mentah telaga jejari sebelum melalui pengoksidaan bertekanan tinggi (Special Aerator Nozzle).

LRA Tualang 2 ini memenuhi permintaan Bandar Kuala Krai dan kawasan sekitar termasuk 7 buah Kampung utama seperti Kg Guchil, Kg Sungai Durian, Taman K.K. Height, Kg Sedek, Kg Tualang, Taman Kuala Krai, Kg Batu Lada serta kawasan Perumahan Baru (Belakang Pasaraya Pantai Timur) dan Projek Perumahan Bantuan Rakyat. Tualang 2 ini memberi manafaat kepada 5000 akaun pengguna.
Dengan beroperasinya LRA Tualang 2, reserve margin bekalan air terawat di jajahan Kuala Krai mencecah 20%. Pada Majlis Perasmian LRA Tualang 2 hari ini juga, hadirin juga dapat menyaksikan gimik perasmian penyerahan kunci oleh wakil Menteri KPLB kepada YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sebagai gimik penyerahan sepenuhnya pengoperasian Loji Tualang 2 kepada Air Kelantan Sdn Bhd.