Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
24 September 2022

PROGRAM CSR MAJLIS APRESIASI PESARA WAJIB KAKITANGAN AKSB TAHUN 2022

17/8/2022@Kota Bharu.

Satu lagi program Tanggungjawab Sosial Korporat @ CSR AKSB telah diadakan melalui majlis apresiasi @penghargaan kepada para kakitangan AKSB yang bersara wajib pada tahun ini 2022 seramai 9 orang telah dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat AKSB bagi menghargai dan mengiktiraf jasa-jasa serta penat lelah dan kudrat yang telah dicurahkan oleh kakitangan-kakitangan berkenaan kepada AKSB bertempat di Cerana Coffee House.

 

Selain disediakan jamuan tengahari, pesara-pesara AKSB turut dihadiahkan plak kenang-kenangan serta cenderahati. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar AKSB Datuk Ir Dr Azuhan Bin Mohamad yang telah menyampaikan bingkisan cenderahati yang disediakan.

 

Akhir kalam jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pesara AKSB di atas segala khidmat dan jasa yang telah dicurahkan kepada AKSB. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas segala jasa kalian.