Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
24 September 2022

AKSB TURUT SERTA DALAM PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE 65

31/8/2022@Ketereh.

AKSB turut sama memeriahkan perbarisan bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 65 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Stadium Mini Ketereh. Kontijen AKSB disertai 37 orang kakitangan yang mengambil bahagian. Tema tahun ini adalah “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri sama YB Timbalan Menteri Besar selaku Pengerusi Program perbarisan pada hari ini. Majlis turut dihadiri juga oleh pemimpin-pemimpin Negeri terdiri dari para Exco dan Adun, Ketua- Ketua Jabatan , Agensi-Agensi Persekutuan dan Negeri serta rakyat tempatan.