Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
24 September 2022

TANGGUNGJAWAB SOSIAL AKSB DENGAN KERJASAMA KEPAK DAN JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA TERENGGANU DAN KELANTAN (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) KEPADA PERKAYA

20/9/2022@Wisma AKSB.
Tanggungjawab sosial korporat AKSB diteruskan lagi dengan menyantuni anak- anak yatim( PERKAYA ) melalui jalinan kerjasama diantara AKSB dan Kesatuan Pekerja-pekerja Air Kelantan Berhad (KEPAK). AKSB telah menyumbangkan barangan untuk diagihkan oleh KEPAK selaku jawatankuasa Kerja Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)2.0 Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Terengganu Dan Kelantan (Kementerian Sumber Manusia) kepada PERKAYA dalam program tersebut yang akan diadakan pada 24/9/2022 di Rumah Anak Yatim, Marang, Terengganu.Disamping itu juga unit Komunikasi Korporat AKSB telah menganjurkan program kutipan pakaian terpakai daripada kakitangan dan diserahkan kepada Kepak untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan bagi program tersebut.
Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Nik Eda Salwanee kepada wakil KEPAK Pn.Zaleha Zulaikha Binti Hj Ibrahim.