Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
01 December 2022

MAJLIS PELANCARAN GO-DIGITAL MPUK PERINGKAT PASIR MAS-RANTAU PANJANG

26/9/2022@Rantau Panjang.
Majlis Pelancaran Go Digital MPUK peringkat Pasir Mas-Rantau Panjang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff di Bazar Siti Fatimah. Ianya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk beralih kepada transaksi tanpa tunai. Penggunaan transaksi tanpa tunai kini dipeluaskan di kalangan peniaga. Penggunaan ini tidak terhad kepada DUIT NOW, QR tetapi turut digunakan melalui Terminal Bayaran Tanpa Tunai seperti kad debit, kad kredit dan e- Wallet di telefon bimbit di kalangan pembeli. Sebanyak 3000 unit terminal percuma disediakan oleh Dr Azu Training & Consultancy (DATA) untuk para peniaga yang memenuhi syarat. Penggunaan Terminal Bayaran Tanpa Tunai ini dapat menaiktaraf perniagaan peniaga. Program ini dapat menjayakan Pelan Induk Digital Negeri Kelantan di bawah teras “mewujudkan masyarakat digital yang inklusif”. Program turut disertai urusetia bersama program ini seperti Bank Islam, DATA, Boost, TnG e-wallat dan ICT Gateway yang membangunkan Kelantan Pay.
Majlis turut dihadiri sama pihak AKSB yang diwakili Unit Komunikasi Korporat.