Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

HARI KELUARGA AKSB 2022 (SRI NIPAH RESORT, BACHOK)

Kota Bharu, 15 Oktober 2022 – Hari Keluarga AKSB 2022 telah diadakan di Pantai Sri Nipah, Bachok, Program ini dianjur oleh Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama ahli Jawatankuasa seramai 48 orang yang terdiri daripada kakitangan AKSB dari pelbagai unit dan jajahan serta pelajar pelatih. Program ini diadakan secara dwi tahunan dimana di sambut 2 tahun sekali.

Program selama sehari ini adalah berkonsepkan perkhemahan keluarga dan pertandingan sukan rakyat dengan penyertaan kakitangan, suami/isteri, anak-anak serta keluarga bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga kakitangan AKSB.  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menerapkan unsur-unsur muhibbah seperti kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Para peserta sangat teruja dengan kesemua permainan yang dipertandingkan. Antara sukan rakyat yang telah diadakan adalah tarik tali, rakit darat, lumba kain pelikat/sarung, boling padang, jalan susun bata, gelung bola, lempar dadu, kerusi berirama, cucuk manik, lontaran kasih, terompah gergasi, mewarna, makan paling cepat, tiup belon, bawa bola ping pong dalam sudu, duduk atas belon, cari syiling dalam tepung dan rebut gula-gula.

Pihak pengurusan dan kakitangan serta keluarga turut mengambil peluang untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan. Gerai makanan, minuman dan permainan kanak-kanak seperti soopa doopa disediakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga. Untuk memeriahkan lagi program tersebut, acara cabutan bertuah yang berupa barangan elektrik serta barangan dapur turut diadakan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar AKSB iaitu Datuk Ir. Dr. Azuhan bin Mohamed, P. Geol., FASc.