Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

MISI BANTUAN KE JOHOR PADA 1 NOVEMBER 2022

2/11/2022 – Kota Bharu.

Diatas permintaan kecemasan oleh pihak rakan operator air di negeri Johor serta penyelarasan pengembelingan team bantuan operator-operator air se Malaysia oleh SPAN, pada 1 November 2022 AKSB juga turut menghantar bantuan sebuah lori tangki dengan 3 orang kakitangan yang juga anggota RAJD ke negeri Johor dalam misi bantuan akibat insiden paip utama bersaiz 1000mm dan 1200mm yang pecah di jajaran pumping line LRA Sultan Iskandar ke Tangki Pengimbang Bukit Lunchu yang telah menyebabkan pengepaman ke Tangki Bukit Lunchu dihentikan. Ianya telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada 60,245 akaun pengguna di Daerah Johor Bharu sejak 27 Oktober 2022. Semoga segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah SWT.