Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
01 December 2022

LAWATAN PENGURUS BESAR AKSB KE JAJAHAN KOTA BHARU SELATAN (KBS)

6/11/2022- Kota Bharu Selatan

Terapkan UMI dalam tingkatkan mutu kerja.

Kakitangan AKSB diseru agar menerapkan nilai2 murni dalam segala gerak kerja bagi membawa AKSB ke arah kecemerlangan. nilai murni ini seperti yang terdapat dalam hasrat kerajaan negeri melalui teras Ubbudiyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI).

Menurut Pengurus Besar AKSB Dr Nazmi Ghazali Azmi, setiap gerak kerja kakitangan AKSB hendaklah dianggap sebagai ibadat kerana bermula dari rumah ke pejabat seharian tersebut harus dijadikan sebagai ibadat bagi mendapat keredhaan Allah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan sulung ke jajahan AKSB Kota Bharu Selatan (KBS).

Sementara itu, taklimat ringkas perjalanan operasi KBS telah disampaikan oleh Pengurus Jajahan En.Mohd Nasaruddin Harif.

Menurut En Nasaruddin, ia dibantu oleh 50 kakitangan dan terdapat beberapa kekosongan jawatan yang perlu diisi.

Hadir sama Ketua Jabatan Operasi Ashri Awang.

Sebelum itu, Dr Nazmi telah diberi taklimat berkaitan perjalanan Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Berhad yang disampaikan oleh Pengerusi Koperasi En Mohd Safrulrazi Salleh yang turut disertai AJK dan kakitangan Koperasi bertempat di Pejabat Koperasi, bandar baru Tunjung.

Lawatan terakhir adalah ke LRA Perol.