Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
04 June 2023

Lawatan sambil belajar pelajar dari program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke LRA Pintu Geng

8/11/2022@LRA Pintu Geng

Seramai 77 orang pelajar dari program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan 7 orang kakitangan mengadakan lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Pintu Geng. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para mahasiswadan mahasiswi kepada pembangunan lestari dan pengetahuan berkaitan kelestarian alam sekitar. Taklimat disampaikan oleh Penyelia Loji yang turut disertai oleh kakitangan Unit Komunikasi Korporat.