Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
01 December 2022

LAWATAN PENGURUS BESAR KE JAJAHAN KOTA BHARU UTARA (KBU)

9/11/2022 – Kota Bharu

Lawatan Pengurus Besar hari ini diteruskan ke Pejabat Jajahan Kota Bharu Utara yang terletak di Taman Koperatif Tanjung Chat. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Jajahan Kota Bharu Utara En Fadhlan yang turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Operasi En Mohd Ashri Awang dan kakitangan Unit Komunikasi Korporat.

Lawatan diteruskan ke Loji Rawatan Air Tanjung Mas yang kini dalam proses dinaiktaraf menggunakan peruntukan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Turut hadir adalah wakil daripada PAAB, En Karim yang menerangkan berkaitan progres di tapak.

Lawatan hari ini diakhiri dengan lawatan ke Loji Rawatan Air Kg Puteh yang juga merupakan loji di bawah KBU selain daripada Loji Tanjung Mas.