Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
02 February 2023

LAWATAN PENGURUS BESAR KE JAJAHAN KUALA KRAI

21/11/2022 – Kuala Krai.

Siri lawatan Pengurus Besar diteruskan ke Jajahan Kuala Krai. Taklimat pengoperasian Jajahan Kuala Krai telah disampaikan oleh Pengurus Jajahan Kuala Krai, En Nurdin Abdul Rahman. Dalam ucapan Pengurus Besar pula, beliau mengingatkan kakitangan agar mempertingkatkan kerjasama antara unit-unit di Jajahan dan loji bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Selepas taklimat di Pejabat Jajahan Kuala Krai, rombongan turut melawat Loji Rawatan Air Tualang 1 dan 2. Lawatan turut dihadiri Ketua Jabatan Operasi En Mohd Ashri Awang dan Unit Komunikasi Korporat.