Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

Lawatan Korporat AKSB ke NAHRIM 2022

7/12/2022 @ Seri Kembangan.

Satu lawatan korporat AKSB ke Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diadakan pada hari ini.
Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Gs.Hj KhairulAnam Bin Musa@Mahmood P.Geol Pengarah (Tanggung Tugas) Bahagian Perancangan Korporat di Auditorium Mini dan seterusnya ke Makmal Hydraulik & Instrumentasi NAHRIM. Peserta telah diberi taklimat berkaitan dengan kajian-kajian yang telah dan sedang dilaksanakan NAHRIM oleh pegawai penyelidik dan taklimat tersebut turut dihadiri Dr Nor Aslinda Awang, Pengarah Makmal Hydraulik dan Instrumentasi. Model, peralatan dan perkakasan serta teknologi yang digunapakai telah dijelaskan dan ditunjukkan kepada para peserta.

Lawatan seterusnya adalah ke Makmal penuaian air hujan untuk dijadikan air minuman berbungkus (pembotolan air hujan).
Projek Penuaian Air Hujan (SPAH) & Inkubator Air Minuman Berbungkus(AMB) atau air hujan terawat menggunakan tadahan air hujan pada bumbung di pejabat NAHRIM dan tadahan air hujan di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Air hujan di kedua-dua sumber diproses di NAHRIM. Produk daripada sumber Kuala Tahan dinamakan Raindrops manakala air minuman dari sumber tadahan NAHRIM dinamakan Cloudrain. Lesen AMB bagi kedua-dua jenama telah diluluskan KKM pada 21/9/2018.

Lawatan seterusnya adalah ke Makmal Kualiti Air NAHRIM. Taklimat telah disampaikan oleh Datuk Dr. Hj. Nasehin Khan Bin E.M Yahaya, Pengarah Makmal kualiti air yang antara lain adalah berkaitan pencemaran air, anti microbial resistance (AMR) environment as root of transmission serta isu berkaitan microplastik,
Isu pencemaran sumber air sungai serta galakan bagi penggunaan air permukaan.

Dalam lawatan ini kakitangan AKSB didedahkan dengan ilmu berkaitan air dan perkhimatan yang boleh diperolehi di NAHRIM.
Lawatan ke NAHRIM ini juga merupakan lawatan yang julung kali diadakan oleh AKSB dan merupakan satu lagi program berterusan Unit Komunikasi Korporat AKSB.