Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

PROGRAM GERAK KERJA PASCA BANJIR PANTAI TIMUR ANJURAN NRECC YANG TURUT DISERTAI AKSB

29/12/2022@Tumpat.

AKSB meneruskan program CSR bersama-sama agensi lain di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam Program Pasca Banjir Pantai Timur anjuran NRECC yang dilancarkan pada hari ini di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong oleh YB Menteri Nik Nazmi Bin Nik Ahmad yang turut dihadiri sama oleh Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Hajjah Mumtaz Bin Hj.Md Nawi dan Adun Pengkalan Kubur YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat. Program hari ini dibahagikan kepada 4 kawasan iaitu di Bendang Pak Yong, Kg Tok Deh, Kg. Chap dan Besut.

Pengurus Besar AKSB, Dr Hj. Nazmi Bin Ghazali Azmi turut sama dalam program CSR bersama kakitangan AKSB yang mana sebahagiannya merupakan anggota RAJD.