Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

AMANAT TAHUN BAHARU 2023 OLEH YB DATO’ PENGERUSI JAWATANKUASA KERJARAYA, INFRASTRUKTUR, PENGANGKUTAN DAN UTILITI NEGERI KELANTAN (PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH AKSB)

10 Januari 2023@Hotel Grand Riverview

Telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 yang telah diadakan di Dewan Putri Sa’adong, Hotel Grand Riverview.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Hj. Azami Bin Mohd Nor selaku penyampai amanat, YB Dato’ Idham Hj Abd Ghani Penasihat Undang – Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Norazman Abd Ghani Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), YB Ustaz Hj. Abd Rahman Yunus Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YBrs Dr Mohd Hadzri Yaacob selaku Ahli Lembaga Pengarah AKSB, Pengurus Besar AKSB, Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi, barisan pengerusi-pengerusi MTAJ AKSB, serta para kakitangan pengurusan AKSB.

Majlis bermula pada jam 1.00 petang dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus Besar dan seterusnya diteruskan dengan amanat daripada YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor.