Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

LAWATAN PENGURUS BESAR KE JAJAHAN TANAH MERAH

Jadikan kerja berpasukan untuk majukan operasi air jajahan.

12/1/2023@ TANAH MERAH : – Sebarang tindakan yang dijalankan secara bersendirian tidak akan membuahkan hasil yang baik apabila melibatkan orang awam seperti mana penyediaan air terawat untuk rakyat negeri ini.

Menurut Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd, Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi, kerjasama semua unit dalam membekalkan air terawat untuk rakyat amat penting, bermulanya mereka di lapangan bawah sehinggalah ke peringkat pengurusan.

Sebagai contoh, kakitangan yang terlibat dengan pembacaan meter di rumah-rumah, mereka ini apabila melihat sahaja berlakunya kebocoran paip, amat wajar segera memberitahu kepada unit berkaitan , begitulahjuga unit unit lain.

Dr Hj Nazmi juga turut menyentuh hasrat kerajaan negeri yang menekankan konsep UMI dalam aspek gerak kerja seharian bagi menjelaskan segala apa yang dilakukan dalam tempoh masa kerja dari pagi hingga balik kerja adalah satu ibadat jika dilakukan dengan sebaik mungkin.

Pengurus Besar Dr Hj Nazmi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama kakitangan pejabat operasi Tanah Merah dalam siri lawatan ke jajahan baru-baru ini.

Sebelum itu, Dr Hj Nazmi turut mengiringi lawatan kerja Exco Utiliti Dato Sr Hj Azami Mohd Nor ke Loji Rawatan Air Bukit Remah bagi meninjau pemendapan tanah yang berlaku di sekitar laluan ke LRA tersebut.

Hadir sama Timbalan Speaker Dun Kelantan yang juga merupakan Adun Bukit Panau Dato Hj Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan En Roshdi Ismail.

Di sebelah petang pula, Dr Hj Nazmi turut meninjau Loji Rawatan Air Bendang Nyior dan Kemahang.