Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

LAWATAN PENGURUS BESAR KE JAJAHAN GUA MUSANG

15/1/2023@Gua Musang.

Setiap kerja yang dilaksanakan perlu mengambil kira “return of Investment” dan mengurangkan kebergantungan kepada kontraktor luar. Apa yang boleh dilaksanakan secara dalaman hendaklah diperkemaskan dan pengisian kakitangan yang telah lama tidak diganti perlu diambil tindakan bagi memastikan perjalanan operasi syarikat lebih lancar. Untuk menyelesaikan masalah bekalan air di bandar Gua Musang, pembelian paip baharu perlu dibuat dalam usaha memastikan kerja pemasangan paip dapat dilaksanakan. Team NRW di jajahan juga perlu diperkasakan bagi memastikan kerja -kerja pengurangan NRW dapat dilaksanakan.

Pengurus Besar berucap kepada kakitangan AKSB jajahan Gua Musang semasa sesi lawatan Pengurus Besar ke jajahan Gua Musang.

Hadir sama adalah Ketua jabatan En Mohd Ashri Awang serta wakil unit Komunikasi Korporat.