Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

LAWATAN KERJA EXCO KERJARAYA KE LRA MINI MERANTI, PASIR MAS

RM10 Juta bina Loji Mini di Meranti

16/1/2023@PASIR MAS : Pembinaan Loji Rawatan Air Mini di Meranti boleh menampung enam ribu akaun pengguna air terawat yang kini bergantung kepada LRA Kelar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan Dato’ Sr. Hj. Azami Mohd Nor, pembinaan LRA Mini ini dijangka siap sepenuhnya Mei tahun ini dan ia boleh membekalkan air kepada kawasan hujung agihan air dari LRA Kelar, terutamanya ke Tumpat.

Projek yang menelan belanja melebihi RM10 juta ini dibina pada Februari 2022, boleh mengeluarkan sejumlah 6 juta liter sehari dan boleh dijadikan sebagai pelengkap kepada pengeluaran dari LRA Kelar.

Hadir sama dalam lawatan kerja hari ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Hj Abdul Rahman Yunus dan Pengurus Besar AKSB Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi.

Dalam siri lawatan kerja ini juga, rombongan turut di bawa ke Intake Semuba Pasir Mas yang kini akan dibaik pulih semula bagi menampung air mentah ke LRA Kelar.