Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

LAWATAN KERJA KE SYARIKAT AIR TERENGGANU (SATU)

17/1/2023@Kuala Terengganu

Hari ini menyaksikan satu lagi siri kerjasama erat yang telah sekian lama terjalin semenjak 2015 di antara negeri Terengganu dan Kelantan melalui operator air masing-masing iaitu Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Kunjungan balas dan juga lawatan kerja AKSB hari ini diketuai oleh Pengurus Besar, Dr Hj Nazmi Bin Ghazali Azmi bersama kakitangan dari beberapa Jabatan dan unit seperti Operasi, Teknikal, Aset dan Unit -unit sokongan. Rombongan telah disambut Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ybhg. TS Hj Abdul Karim Bin Endut dan kakitangan SATU. Selesai taklimat dan perbincangan di Ibu Pejabat SATU, rombongan telah dibawa melawat ke Loji Rawatan Air Losong dan Loji Rawatan Air Pulau Bahagia ( compact system).

Pihak AKSB mengucapkan jutaan terima kasih di atas layanan dan kerjasama terbaik yang diberikan selama ini. Semoga kerjasama dapat diteruskan, Inn Shaa Allah.