Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

Hari ini delegasi AKSB yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Teknikal, Jabatan Operasi dan Jabatan Aset telah mengadakan lawatan ke Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

18/1/2023@Pahang

Hari ini delegasi AKSB yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Teknikal, Jabatan Operasi dan Jabatan Aset telah mengadakan lawatan ke Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Delegasi telah disambut oleh Pengurus Air Daerah, YM Cik Tengku Haryani dan Pengurus Pengeluaran, En Faisal. Delegasi dibawa melawat ke mukasauk Sungai Lembing yang menggunakan kaedah “floating pump” di mana pam dipasang di atas furton. Kaedah ini digunakan di kawasan paras sungai yang cetek yang tidak membenarkan pengoperasian menggunakan pam air mentah sediada. Dengan menggunakan kaedah “floating pump” pam masih boleh dioperasikan walaupun paras air sungai surut dari paras air normal.
Semoga ilmu dan perkongsian pengalaman daripada PAIP dapat digunapakai di mukasauk yang menghadapi masalah air sungai yang surut kepada paras yang rendah di Kelantan.
AKSB mengucapkan terima kasih diatas layanan dan kesudian pihak PAIP berkongsi pengalaman.