Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
02 October 2023

LAWATAN SAMBIL BELAJAR JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN KE LRA KELAR, PASIR MAS

07/02/2023@Pasir Mas

Pihak AKSB berbesar hati menerima lawatan daripada Pegawai Kesihatan dan Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan seramai 30 orang pada pagi ini di bawah Program Pra-Kepakaran Kesihatan Awam.

Objektif utama lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para Pegawai Kesihatan dan Perubatan mengenai pembekalan air terawat dan proses-proses berkaitan. Program hari ini dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat AKSB. Taklimat ringkas berkenaan loji dan proses rawatan telah diberikan oleh Encik Razman, Penyelia LRA Kelar. Program hari ini turut dihadiri oleh Unit Komunikasi Korporat, Encik Hazwan Hassan dan Encik Zulkifli Hilmi.