PROGRAM AMBANG RAMADAN 2023 – AGIHAN AIR MINERAL KEPADA JEMAAH MASJID SULTAN MUHAMMAD II, TELIPOT KOTA BHARU
01/03/2023@Kota Bharu
Program CSR pada hari ini berakhir dengan agihan sumbangan air mineral kepada jemaah di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot Kota Bharu.
AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Kerani masjid iaitu Encik Hamdi. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan beberapa wakil AKSB yang turut hadir.