Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
02 October 2023

PROGRAM AMBANG RAMADHAN 2023 – AGIHAN AIR MINERAL KEPADA JEMAAH MASJID TAMAN GURU, PINTU GENG

01/03/2023@Kota Bharu

Alhamdulillah, Program Ambang Ramadhan 2023 di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu satu program tahunan di bawah seliaan Unit Komunikasi Korporat diteruskan lagi dengan agihan sumbangan air mineral kepada jemaah di Masjid Taman Guru, Pintu Geng.

AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Imam Tua iaitu Ustaz Adam Rozemi. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan beberapa wakil AKSB yang turut hadir.