Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
03 October 2023

Taklimat Polisi Takaful Hospital & Pembedahan serta Polisi Takaful Keluarga Berkelompok AKSB 2023

9/3/2023@Kota Bharu.

Hari ini berlangsungnya perkongsian ilmu kepada kakitangan berkaitan manfaat Takaful Hospital & Pembedahan serta Pelan Takaful Keluarga Berkelompok yang diambil oleh AKSB untuk kakitangan. Perkongsian ilmu ini disampaikan oleh En Muhammad Ashraf bin Mashrudy dan Puan
Siti Hajar binti Mukhtar daripada Etiqa. Skop perlindungan yang diambil serta dokumen yang diperlukan telah dijelaskan kepada kakitangan. Semoga perkongsian ilmu selama setengah hari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua kakitangan AKSB.