CSR AKSB BAGI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H/2023M
12/3/2023@Kota Bharu Timur.
CSR AKSB diteruskan dengan menyantuni masyarakat khususnya dalam program kerohanian. AKSB menyokong Majlis Tilawah dan Menghafaz Al- Quran dengan menyediakan sebuah lori tangki bagi membekalkan bekalan air terawat tambahan untuk kegunaan program dan surau di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji yang bermula pada 12 Mac 2023- 15 Mac 2023.