Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 March 2023

PROGRAM AMBANG RAMADAN 2023 – AGIHAN AIR MINERAL KEPADA JEMAAH MASJID ZAIRIZ AL IMAN, MUKIM KEDAI BULOH

15/03/2023@Kota Bharu.

Alhamdulillah, sebagaimana tahun lepas Program Ambang Ramadan 2023 di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah seliaan Unit Komunikasi Korporat diteruskan lagi. Agihan sumbangan air mineral kepada masjid-masjid dibuat lebih awal pada tahun ini.

AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil Masjid Zairiz Al Iman Mukim Kedai Buloh iaitu Encik Azmi. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat.