Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2023

CSR AKSB 1444H – MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM DARI RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN DHUAFA DARUL MIZAN

6/4/2023@Kota Bharu

Program Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB diteruskan lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Alhamdulillah, Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa Darul Mizan terpilih pada tahun ini. Seramai 26 orang anak-anak yatim beserta para petugas dan Mudir diraikan AKSB dalam satu majlis iftar bertempat di Kelantan Golf & Country Club Pengkalan Chepa, hari ini. Program turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar AKSB, Dr Nazmi Ghazali Azmi dan Ketua-ketua Jabatan AKSB serta Unit Komunikasi Korporat selaku urusetia dan penyelaras majlis. Selain beriftar bersama-sama, anak-anak yatim juga turut disantuni dengan sedikit cenderahati kenang-kenangan. Semoga program sedemikian dapat diteruskan dan lebih ramai anak-anak yatim, dhuafa dan asnaf dapat disantuni pada masa-masa akan datang Inn Shaa Allah.