Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
30 May 2023

Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB bersama Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dalam Program Infaq Ramadan 1444H

17/4/2023@Kota Bharu Timur.

Tanggungjawab Sosial Korporat diteruskan lagi bersama Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dalam Program Infaq Ramadan 1444H – Kongsi Rezeki Kumpulan PMBK Siri 2. Program yang diadakan di Perkim Pengkalan Chepa merangkumi aktiviti gotong royong menyediakan juadah berbuka puasa, Nasi Arab dan bubur lambuk. Antara anak anak syarikat di bawah Kumpulan PMBK yang turut menyertai program ini adalah Kelantan Gold Trade Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Bio Tajmeel, Kifaalah Sdn Bhd, PMBK Az- Zahab Sdn Bhd, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, PMBK Development Sdn Bhd dan Air Kelantan Sdn Bhd.

Penyediaan dan persiapan bahan telah dimulakan seawal 9 pagi. Dengan penyertaan ramai makanan telah dapat disiapkan lebih kurang jam 1.30 tengahari. Program diteruskan dengan sembahyang zohor berjemaah diikuti dengan tazkirah, tadarus Al Quran dan penyampaian zakat PMBK kepada para pelajar. Pengetua Perkim turut serta dalam penyampaian zakat fitrah. Anak- anak syarikat di bawah Kumpulan PMBK turut menginfaq makanan berbuka puasa yang terdiri daripada kuih muih, air mineral dan kurma.