Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
08 December 2023

CSR AKSB MENYANTUNI PARA DUYUFURRAHMAN PELEPASAN KE TANAH SUCI MEKAH DAN MADINAH 1444H/2023M

20/5/2023@Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Alhamdulillah, sekali lagi AKSB terlibat dalam menyantuni Duyufurrahman pada tahun ini. Sebagai meneruskan program tanggungjawab sosial korporat, AKSB melalui Pejabat Jajahan Kota Bharu Timur telah menempatkan sebuah lori tangki air di hadapan surau untuk kegunaan para duyufurrahman dan petugas sepanjang program pelepasan Duyufurrahman ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat haji pada tahun ini, program yang bermula pada 20/5/2023 – 29/5/2023 di mana sebanyak 13 penerbangan carta khas telah disediakan bagi para duyufurrahman Negeri Kelantan.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan pekerjaan haji berkaitan dan semua para duyufurrahman dikurniakan afiah dan pulang nanti bersama haji yang mabrur.