Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2023

MAJLIS PENYERAHAN LORI TANGKI AIR AKSB

22 Jun 2023 @ Loji Rawatan Air (LRA) Kg Puteh, Kota Bharu

Satu majlis penyerahan aset baru Air Kelantan Sdn. Bhd iaitu empat (4) unit lori tangki berkapasiti 9,000 liter/ unit telah disempurnakan oleh
YB Dato’ Sr. Hj. Azami bin Mohd Nor selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti pada hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd, Dr. Hj. Nazmi Bin Ghazali Azmi dan wakil daripada Tan Chong Industrial Equipment.

Lori tangki tersebut telah diserahkan kepada Pengurus Jajahan Gua Musang, Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu Selatan pada majlis yang sama berlangsung di Loji Rawatan Air (LRA) Kg.Puteh.

AKSB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dalam merealisasikan pembelian aset-aset baru ini demi menambahbaik perkhidmatan AKSB kepada rakyat Negeri Kelantan.