Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
03 October 2023

LOJI RAWATAN AIR MINI MERANTI BAHARU SOLUSI TERHADAP MASALAH TEKANAN AIR BERSIH DI DUN MERANTI

LOJI RAWATAN AIR MINI MERANTI BAHARU SOLUSI TERHADAP MASALAH TEKANAN AIR BERSIH DI DUN MERANTI

10 Ogos 2023 bersamaan 23 Muharam 1445H, Khamis.

Dato’ Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Hj Daud telah melakukan lawatan kerja ke projek Loji Rawatan Air (LRA) Mini Meranti Baharu, Jajahan Pasir Mas untuk melihat sendiri tahap kesiapan loji baharu tersebut.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar AKSB Dr Hj Nazmi Ghazali Azmi, Ketua Jabatan Teknikal AKSB Dr. Mohd Hilmi bin P. Ramli dan Ketua Unit Komunikasi Korporat AKSB Puan Wan Yusni Azyanti bt Wan Jusoh.

Pembinaan LRA Mini Meranti Baharu telah bermula pada 9 Februari 2022 melalui peruntukan Kerajaan Negeri Kelantan.

Projek yang menelan kos sebanyak RM10.2 juta ini dijangka akan siap pada September 2023 dengan kapasiti pengeluaran air loji sebanyak 6 Juta Liter/ hari (JLH) melalui sumber air bawah tanah yang diperoleh melalui 4 unit Telaga Tiub.

Status semasa pembinaan LRA ini adalah 90% siap dan menunggu kerja-kerja elektrikal oleh pihak kontraktor TNB selesai untuk penyambungan elektrik. Seterusnya kerja-kerja ujian dan pentauliahan akan dilaksanakan untuk pelepasan air. Loji ini akan memberi manfaat
kepada 3,000 akaun pengguna melalui 3 DMA iaitu DMA Meranti A, DMA Meranti B dan DMA Pohon Tanjung.

Oleh itu, Dato’ Penglima Perang amat berharap agar rakyat dapat bersabar dan sama-sama berdoa agar Loji ini dapat mula beroperasi sepertimana dirancangkan dan rakyat dapat menikmati pertambahan bekalan air bersih.