Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
07 December 2023

LAWATAN TEKNIKAL INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA (IEM) KE LOJI RAWATAN AIR (LRA) KETEREH

LAWATAN TEKNIKAL INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA (IEM) KE LOJI RAWATAN AIR (LRA) KETEREH

29 OKTOBER 2023, AHAD – KOTA BHARU SELATAN

Air Kelantan Sdn Bhd  telah menerima lawatan daripada IEM Cawangan Kelantan seramai 38 orang yang diketuai oleh Ir. Nik Burhanuddin Bin Nik Yusoff selaku Naib Pengerusi IEM Cawangan Kelantan untuk satu sesi lawatan teknikal di Loji Rawatan Air (LRA) Ketereh. Taklimat ringkas mengenai loji dan sistem pemprosesan air yang digunakan di LRA Ketereh iaitu sistem Chemiles telah diberikan oleh Ketua Unit Pengeluaran, Encik Muhamad Alif Aiman Abdul Rahim. Delegasi daripada IEM juga telah dibawa untuk lawatan ke sekitar kawasan loji bagi mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai proses rawatan air di LRA Ketereh.