Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

Pembayaran bil air mesti dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas bil diserahkan kepada pengguna. Sekiranya tiada pembayaran diterima, notis pemotongan akan dikeluarkan dan bekalan air akan dipotong sekiranya bayaran gagal diterima dalam tempoh 14 hari selepas notis dikemukakan. Caj akan dikenakan untuk penyambungan semula bergantung kepada saiz meter.

Resit hendaklah disimpan dan perlu ditunjukkan semasa membuat pembayaran sekiranya jumlah tunggakan telah dibayar. Hanya resit rasmi akan diterima sebagai bukti pembayaran.