27 Jun 2023 @ Kuala Krai
Kerja – kerja kecemasan pembaikian paip utama jenis MSCL bersaiz 700mm pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Pahi, Kuala Krai telah siap dibaiki awal pagi ini.
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah 24 jam atau lebih bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Pihak kami di Air Kelantan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.