Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

AKSB telah menyediakan perkhidmatan bekalan air secara holistik di mana ianya bermula dengan pengambilan air mentah untuk diproses/ rawat di loji rawatan air seterunya dibekalkan kepada pengguna seluruh Kelantan. Penduduk Kelantan boleh berhubung terus dengan semua pejabat Jajahan AKSB untuk mendapatkan perkhidmatan untuk membuat permohonan baru kemasukkan bekalan air samada kategori domestik, rumah kedai, komersial, pejabat, sekolah, perindustrian, masjid/rumah ibadat dan lain-lain lagi. Kadar tariff akan dikenakan mengikut kadar berlaianan bergantung kepada kuantiti penggunaan air dalam sebulan.

Pembayaran bil air boleh di buat di semua pejabat Jajahan AKSB yang berada disetiap Jajahan atau ajen-ajen kutipan lain seperti Pos, Bank, Tenaga Nasioanal, Telekom & MPKB. Sekiranya pengguna tidak membayar bil air mengikut tempoh yang dibenarkan, pihak AKSB akan membuat pemotongan bekalan dan sambungan semula boleh dibuat setelah semua tunggakan bil di bayar sepenuhnya dibuat dengan dikenakan caj perkhidmatan